Wish Love
Wanys HQ sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat kesemua staf. Antaranya merealisasikan impian yang diimpikan untuk keluarga tercinta. Kerana kebahagiaan keluarga mereka juga adalah terpenting buat kami.
Berada jauh di perantauan, bukanlah perkara yang mudah untuk seorang yang bergelar anak. Demi kerjaya, terpaksa meninggalkan ibu di kampung dan merantau. Inilah pula kisah salah seorang Staf Wanys, yang risau peti ais di kampung rosak. Impiannya ingin menghadiahkan peti ais untuk ibunya telah ditunaikan oleh Puan Wani. Senyuman ibu itu hadiah buat kami.
Tahun 2020, ramai diantara kita yang terpaksa beraya di perantauan gara – gara Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, syukur kerana Aidiladha ramai diantara kita berkesempatan pulang dan beraya bersama keluarga tercinta. Impian membawa pulang duit raya buat ibu dan ayah pastinya ada. Salah seorang staf Wanys mempunyai impian menghadiahkan duit raya buat kedua orang tuanya telah direalisasikan sebanyak RM2,000.00.