Tentang Kami
Bagaimana Wanys Bermula
“Saya suka makan kacang” itulah permulaan bagaimana Wanys ditubuhkan. Puan Wani yang juga merupakan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang sangat menggemari kudapan berasaskan kacang. Pada tahun 2014, beliau mendapat idea untuk memulakan perniagaan snek berasaskan kacang.
Bermula dari rumah Flat, tingkat 2, bersama suaminya sendiri, beliau berjaya mengeluarkan produk pertama beliau iaitu KACANG SEDAP. Dari angkut kacang, letak kacang, tampal stiker, semuanya dilakukan sendiri bersama suami. Lama kelamaan, permintaan semakin meningkat dan Puan Wani mula sedar dengan perniagaannya ini bukan sekadar menjual kacang, mahupun memenuhi minatnya terhadap kacang, tapi beliau dapat membuka peluang kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjual produk Wanys.
Justeru, perniagaan yang bermula hanya kerana sukakan kacang, kini membantu lebih ramai mereka di luar sana mencari pendapatan sampingan menerusi jualan produk Wanys. Dari rumah flat, berpindah pula ke rumah teres dan shop lot. Kini, Wanys berada di 2 kilang yang mempunyai 15,000 kaki persegi. Dari berdua bersama suami, kini beliau mempunyai lebih 40 orang staf dan mempunyai ejen di seluruh Malaysia & Singapura.
Malah, lebih 8,000 buah outlet yang menjual produk Wanys sehingga kini. Bukan itu sahaja, malah dari sejenis kacang kini Wanys mempunyai 4 jenis kacang dalam pelbagai saiz. Pada tahun 2020, Wanys melebarkan lagi sayapnya dari hanya pengeluar snek kekacang kepada pengeluar makanan READY TO EAT. Tercetusnya idea Puan Wani mengeluarkan makanan berbentuk READY TO EAT ini apabila Malaysia dilanda Pandemik Covid-19 dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dengan Tagline #takpeluhtiak dan #feelingchef, terciptalah produk Wanys Food yang berkonsepkan CEPAT, MUDAH & SEDAP.
Visi
Menjadi 5 syarikat makanan dan kudapan terbaik di Asia Tenggara pada tahun 2025.
Misi
Matlamat kami adalah mengeluarkan produk berasaskan makanan dan kudapan yang terbaik dan dapat melahirkan 30,000 usahawan Wanys berjaya pada tahun 2025.